
Media, Berita & Artikel
Di antara advertorial, artikel dan keratan berita JMD
Tips Berpantang Cara Ibu Halimah

Berikut beberapa rutin berpantang cara Ibu Halimah yang diwarisi sejak turun -temurun:-
Mandi dengan air rebusan pelbagai jenis daun. Antaranya daun senduduk, serai wangi, daun pisang kela, daun jambu batu, tanduk rus. Air rebusan ini akan dicampurkan dengan air suam, kemudian dijadikan air mandian setiap pagi dan petang sehingga habis tempoh berpantang
Selepas tiga hari seluruh tubuh diurut untuk meransangkan urat saraf yang tegang semasa proses bersalin dan tukang urut akan melakukan 'sengkak' (menaikkan peranakan).
Selepas tujuh hari, mulakan berbengkung panjang(sekurang-kurangnya 10 meter kain) dibelit ketat dari bawah paha hingga bahagian atas pinggang. Tujuannya untuk membentukkan semula pastur tubuh kepada bentuk asal.
Sebelum berbengkung, perut akan dibarut dan tubuh akan disapukan dengan bedak panas. Tujuan barut untuk memencahkan lemak dan bedak panas menghalangkan tubuh dari dimasuki angin.
Begitu juga dengan pilis dan paran tujuan tampalan ini untuk menjauhi angin dan mengelakkan pening kepala.
Bertangas dan bersalai, tujuannya mengecutkan organ peranakandan rahim serta memecahkan lemak
Minum jamu, makjun dan air akar kayu. Ini adalah wajib sepanjang tempoh berpantang. Tujuannya untuk memulihkan semula semua luka dalaman
Makan hanya tiga kepal nasi panas-panas sahaja. Tidak boleh tambah atau makan bersulam air. Tujuannya mengelakkan air mengembangkan rahim dan organ peranakanan
Wanita yang ingin mendapatkan tip dan petua rahsia wanita boleg mengemailkkan pertanyaan di email jamumakdara@gmail.com atau hubungi 03-41060299
Petua
Jangan meneran semasa buang air besar, hendaklah duduk tertimpuh ( duduk dengan kaki berlipar sepert duduk antara dua sujud dan mengiring sedikit). Biarkan najis keluar secara semulajadi, dibimbangi rahim akan jatuh kerana ia masih belum kuat.
Elakkan daripada terbatuk kerana bila terbatuk, organ peranakkan turut terbuka.
Ikat bengkung rapat-rapat supaya tidak masuk angin
Elakkan makanan berminyak, sejuk, berangin dan makanan laut, ia tinggi lemak dan kolesterol
Elakkan tidur semasa matahari tengah naik, muka akan sembab dan tidak baik untuk kesihatan
Jangan menjait menggunakan benang hitam, bimbang mata rabun
Elakkan daripada terkejut
Jangan tergoda dengan pujukan dan pujian suami
Arkib Media
- Jom! Jom! Beramal Bersama JMD, Artis dan Media di Kuala Kubu
- Pencarian Chef Saji, Melaka
- Jom! Jom! Beramal Bersama JMD, Artis dan Media
- Ratu Kebaya 2011 PancaIndera - Jamu Mak Dara
- Majlis Membaca Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat
- Pelancaraan Rempah Mak Dara, PWTC - Dis 2010
- Kembara Beijing Jamu Mak Dara - Saji Dis 2010
- Pelancaran Buku Petua Mak Dara, Okt 2010 di Saloma Bistro
- Kerja Amal Jamu Mak Dara Bersama Artis dan Bank Islam - Kuala Kangsar, Perak, Okt 2010
- Rumah Terbuka Jamu Mak Dara AidilFitri 2010
- Peluang Menjadi Stokis Jamu Mak Dara
- Ibu Halimah kongsi petua jamu
- Ibu, Jangan menangis lagi
- Kembali Dara Selepas Bersalin
- Tips Penjagaan Selepas Bersalin
