BENGKUNG MAK DARA

 

Bengkung Mak Dara

Salah satu amalan tradisional Melayu ketika berpantang selepas melahirkan anak adalah berbengkung. Bengkung Mak Dara diperbuat daripada kain belacu yang tahan lasak. Bengkung ini sangat berkesan untuk mengembalikan bentuk tubuh badan dan merampingkan tubuh ibu-ibu dengan penggunaan yang konsisten.

Kebaikan Bengkung Mak Dara

Merapatkan kembali tulang pinggul dan punggung ibu mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada mengembalikan bentuk tubuh kepada asal dengan penggunaan yang betul dan konsisten.

Cara Memakai 

Bengkung diletakkan pada badan dari paras bawah buah dada ke paras lutut. Bengkung dibalut pada badan dengan kemas kemudian masukkan tali bengkung ke dalam lubang yang sedia ada. Tarik tali dan pastikan tali dimasukkan dengan ketat agar kedudukan bengkung lebih kemas. Lilitkan tali mengikut lubang dan akhir sekali lilit tali bengkung dengan ikatan yang ketat dan kemas.

Para ibu dinasihatkan untuk menyapu Losyen Ibu Halimah terlebih dahulu sebelum mengenakan bengkung. Kehangatan losyen dan ikatan kemas bengkung dapat merapatkan tulang pinggul dan punggung serta mengempiskan bahagian perut.

Bengkung digunakan setiap pagi sejurus selepas mandi terus ke malam sehingga tidur selama tempoh berpantang.

Juga terdapat di dalam Set Bersalin Ibu Halimah.

Saiz Bengkung

Panjang 123sm (48.5 inci)
Lebar 47sm (18.5inci)
Panjang Tali Ikat 229sm (90 inci)