Pencuci Mahkota Wanita Ibu Halimah


Pencuci Mahkota Wanita Ibu Halimah yang berasaskan daun sirih, Manjakani dan daun lidah buaya atau Aloe Vera bukan sahaja mampu membersih dan menyegarkan, malah turut mencegah sebarang jangkitan seterusnya mengatasi masalah bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim wanita.

Kebaikan Pencuci Mahkota Wanita Ibu Halimah

  • Membersihkan bahagian intim
  • Membasmi kuman dan bakteria seterusnya mengatasi dan mencegah bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim
  • Mengatasi masalah keputihan dan kegatalan
  • Mengetatkan otot faraj
  • Memelihara kelembapan dan kehalusan kulit
  • Meningkatkan keanjalan kulit
  • Mengharum dan menyegarkan bahagian intim sepanjang hari
Kandungan Pencuci Mahkota Wanita Ibu Halimah

Aloe Vera (Lidah Buaya)
Tumbuhan yang berasaskan gel ini menggalakkan penghasilan kolagen dalam tisu kulit, membasmi sel-sel kulit mati dengan bantuan enzim proteolitik, di samping membantu merawat masalah kulit, memudarkan kesan parut, meningkatkan kelembapan kulit dan mengetatkan bahagian faraj.

Sirih
Daun sirih yang bersifat antiseptik dan antibakteria ini mampu mengatasi masalah keputihan dan bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim wanita selain menentang sebarang jangkitan mikroorganisme seperti kuman dan bakteria serta merawat masalah jerawat dan kegatalan pada kulit.

Manjakani
Manjakani bersifat antioksidan yang bukan sahaja mampu menyingkirkan toksin yang berbahaya dari tubuh badan, malah melambatkan proses penuaan sel serta menentang serangan kanser payudara dan rahim. Sifatnya astringennya pula berperanan penting untuk membasmi bakteria dan kuman yang mencetuskan bau kurang enak pada bahagian intim wanita, di samping mengatasi masalah keputihan dan mengecutkan tisu faraj.

Cara Penggunaan Pencuci Mahkota Wanita Ibu Halimah
Letakkan sedikit Pencuci Mahkota Wanita Ibu Halimah pada tapak tangan. Sapu dan ratakan pada bahagian intim. Biarkan seketika dan bilas hingga bersih.