KENALI JAMU MAK DARA

MENGENALI IBU HALIMAH

Halimah Shuib berdarah kacukan Jawa Ponorogo, dilahirkan pada 1945 di Rengit, Johor. Minatnya pada dunia kecantikan terserlah ketika usia remaja. Beliau pernah menyandang gelaran Ratu Cantik Kebaya di Melaka, Muar, Batu Pahat, Rengit dan Pontian sekitar 1955 – 1961, selama 12 tahun berturut-turut.

Lebih mesra dengan gelaran Ibu, beliau adalah seorang yang tegas apabila berbicara tentang soal kecantikan dan pemakanan. Berasaskan amalan, petua dan pemakanan yang sihat sejak muda,timbullah pelbagai produk kesihatan berasaskan herba dan akar kayu yang kini dikenali sebagai Jamu Mak Dara.

Bersama anak beliau Syed Muhammad Gaddafi, produk keluaran Jamu Mak Dara dipastikan asli, bersih dan diformulasikan melalui resepi keluarga sejak turun-temurun.

Selain produk Jamu Mak Dara, beliau adalah wanita yang sangat aktif. Dengan hobi memasak, beliau menerima tempahan dan menerbitkan buku masakan. Beliau juga berkongsi sejarah hidup, jatuh bangun beliau di dalam buku yang sudah pun berada di pasaran. Selain itu beliau juga melibatkan diri di dalam program motivasi dan kursus khas untuk wanita.