Media, Berita & Artikel

Di antara advertorial, artikel dan keratan berita JMD

Ibu Halimah Berkongsi Petua Jamu

picture

Penjagaan kecantikan dan kesihatan wanita bukan sahaja meliputi kecantikan luaran malah ia turut membabitkan dalaman wanita, apa lagi setelah bergelar ibu.

 

Sebaik sahaja bersalin, bermulalh proses penjagaan dalam pantang yang memerlukan rawatan tradisional tertentu dalam mengembalikan kesegaran si ibu. Ramai yang mengambil jamu ibu bersalim bagi memastikan darah berjalan lancer, bertenaga serta kembali segar.

 

Jamu-jamu ini diperbuat daripada herba-herba terpilih yang berkhasiat dalam proses penyembuhan dan kesegaran tubuh badan. Jesteru tidah hairanlah ramai wanita yang mula menceburi bidang ini menjadikan usahawan bukan sahaja kerana ingin member pilihan, malah ia juga menjanjikan pulangan memberansangkan.


Katanya,"Resepi jamu Mak Dara ini diwarisi daripada ibu sendiri, Mak Dara. Ibu dapat rasa kebaikannya, alhamdulilah."


Memandangkan hari ini, penggunaan herba semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, beliau dan anaknya Syed Muhammad Gadaffi Syed Ali, pengasas bersama Yaabib Dot Com memasarkan pelbagai produk jenama Mak Dara.


Halimah yang membahasakan diri sebagai Ibu ini adalah ibu kepada enam orang anak dan dia berharap lebih ramai wanita muda mencuba produk-produk Jamu Mak Dara. Jamu yang diperbuat daripada bahan-bahan asli, seperti tumbuh-tumbuhan herba, buah-buahan dan bunga-bungaan berkhasiat tinggi dipercayai baik untuk tubuh badan.


Katanya, masalah dalaman wanita yang boleh menjejaskan rutin harian boleh diatasi dengan mengambil jamu khusus untuk mereka. Pada masa ini terdapat tiga jenis jamu yang telah dihasilkan iaitu Mak Dara, jamu Anak Dara dan jamu Pria.


Katanya, jamu Mak Dara antara lain, mengurangkan kesan keputihan, membantu mengurangkan seunggut dan sesuai untuk ibu dalam pantang.


Jamu Anak Dara pula untuk anak gadis yang mengalami kitaran haid yang tidak teratur, membuang lemak dan meringankan badan.

 

Beliau menambah, jamu Pria dikhususkan untuk lelaki bagi embuang toksin, lemak dan melawaskan. Jekas Halimah,'Ibu bersyukur, produk Jamu Mak Dara sudah mula mendapat sambutan yang menggalakkan dari dalam dan luar negara seperti Singapura dan Brunei.

 

Pihaknya juga kini mengeluarkan jamu bentuk kapsul bagi mereka yang sukar menelan jamu serbuk. Produk produk keluaran Yaabib Dot Com boleh didapati menerusi internet.


Apa yang menggembirakan Halimah dan anaknya Syed Muhammad ialah apabila pihaknya Yaabit Dot Com menjalin kerjasama dengan Technology Park Malaysia.


" Mudah-mudahan, produk jamu ini mendapat pasaran yang lebih meluas dengan adanya kerjasama dan bantuan yang diebrikan," ujarnya lagi. Menjawab pertanyaan, Halimah yang tampak cergas dan sihat biarpun sudah melewati 60-an, berjkat, selain jamu beliau juga mengamalkan makanan sihat dan senaman. Malah, Halimah tidak keberatan berkongsi petua penjagaan lansing dan sihat. Beliau juga sering diundang menjayaan bengkel kecantikan dan kesihatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Jika ada jemputan, ibu tidak keberatan memenuhi undangan pihak penganjur, demi berkongsi pengalaman yang ada bersama wanita lain,' unar Halimah yang pernah mendapat gelaran ratu kebaya 12 kali.


Beliau berharap, Jamu Mak Dara dapat memenuhi hasrat dan keinginan lebih ramai wanita di Negara ini, Telefon 03 - 41060299 atau faksimili 03 - 41064299, atau layari www.jamumakdara.com


Kembali ke atas >