Kenali Jamu Mak Dara

Rahsia Di Sebalik Kejayaan Jamu Mak Dara

Sharifah Aishah, wanita disebalik keunikan Jamu Mak Dara berdarah campuran Arab dan Indonesia. Sejak berdekad yang lalu, resepi herba yang unik dan istemewa ini dicipta oleh beliau dengan mencampurkan khasiat dari herba hutan hujan Malaysia. Dari awal 1920an, rahsia herba ini diperturunkan kepada warisan beliau dan diterima pakai oleh penduduk tempatan

 

Resepi herba ini mengandungi akar kayu, benih dan dedaunan yang terbaik.

 

Dari satu generasi ke satu generasi, resepi herba ini diturunkan ke pada anak-anaknya. Pn Kamariah Haji Latiff telah menunjuk minat untuk memperkenalkan resepi herba warisan ini kepada penduduk temnpatan di Rengit dan beliau menjadi tarikan kepada wanita di umur lingkungan 40 an sebagai "Mak Dara" , satu gelaran yang dihormati sebagai wanita yang berumahtangga dan bercahayamata tetapi masih mengekalkan kejelitaan dan keremajaan .

 

Beliau juga memperturunkan resepi herba ini kepada anak perempuannya Pn. Halimah Shuib , atau lebih dikenali sebagai 'Ibu', beliau telah mengamalkan pengambilan jamu ini, menjadi bukti kejayaan dan kualiti jamu ini. Di situ lah titik tolak, produk terbaik warisan melayu Jamu Mak Dara tercipta dan mendapat perhatian di kalangan wanita yang mementingkan kecantikan dari dalaman .