ANDA TANYA, MAK DARA JAWAB

Assalamualaikum semua!

Semoga pengikut blog Mak Dara sentiasa di bawah lindungan Allah SWT. Alhamdulillah, Mak Dara menerima banyak soalan berkaitan jamu dan kesihatan wanita. Kebanyakan yang dikemukakan adalah soalan-soalan yang sering Mak Dara jawab tetapi itu bukan alasan untuk Mak Dara tidak berkongsi di sini. Malah Mak Dara sememangnya sangat suka untuk memberi penerangan semampu mungkin.

Di bawah ini beberapa soalan yang telah Mak Dara kumpul daripada pelanggan setia Jamu Mak Dara serta mereka yang baru ingin mencuba. Mak Dara akan menjawab sejujurnya kerana ini untuk kesihatan kita bersama. Hadirnya Jamu Mak Dara adalah untuk membantu mereka yang bermasalah baik wanita mahupun lelaki. Walaupun lelaki mungkin segan bertanya, Mak Dara berharap semua jawapan di sini turut membantu permasalahan kaum Adam.

Bagaimanapun soalan-soalan ini cuma sebahagian daripada ratusan yang pihak Jamu Mak Dara terima di kotak pesanan di Fanpage Facebook Jamu Mak Dara.

Bolehkah saya mengamalkan jamu keluaran Jamu Mak Dara sewaktu datang bulan?
Sekiranya period sudah lancar, seeloknya tidak perlu amalkan. Lainlah kalau sebaliknya, yakni perjalanan period keluar tidak lancar. Contohnya keluar sedikit-sedikit tetapi mengambil jangkamasa yang lama. Kurangkan dos atau makan cuma selang sehari sahaja.

Adakah Jamu Mak Dara sesuai diamalkan untuk mengurangkan kelesuan badan? Seawal berapa hari kesan mampu dilihat?
Memang tidak dinafikan keberkesanan pengambilan jamu keluaran kami kerana ia ternyata membantu mempertingkatkan tenaga serta mampu membuatkan tubuh badan anda cergas sepanjang hari. Bagaimanapun kesan dapat dilihat bergantung kepada tubuh badan seseorang individu. Kami mempunyai testimoni daripada pengguna sebelum ini yang merasa kesannya seawal dua hari pengambilan.

Jamu Mak Dara Serbuk
Jamu Mak Dara Serbuk

Saya sering mengalami kitaran haid yang tidak teratur, apakah amalan Jamu Mak Dara ini mampu merawat masalah ini?
Mak Dara sangat menggalakkan pengambilan jamu Jamu Mak Dara dalam usaha merawat serta mengembalikan kitaran haid yang normal.

Bagaimana jamu ini memainkan peranan untuk mendapatkan zuriat? Saya sedang berikhtiar mendapatkan anak. Masalah utama saya ialah hormon yang tidak stabil.
Terdapat 29 bahan herba tradisional di dalam sebotol Jamu Mak Dara Gold. Antaranya ialah kayu serapat dan manjakani. Bahan-bahan ini dipercayai turun temurun membantu dalam usaha menyuburkan rahim. Selain itu, faktor pemakanan yang sihat perlu diambil kira untuk mendapatkan rahim yang sihat. Untuk pengetahuan, terdapat banyak testimoni berjaya daripada pengguna yang hamil setelah mengamalkan Jamu Mak Dara. Anda boleh rujuk kepada kebaikan Jamu Mak Dara Gold dalam blog ini.

Bilakah waktu yang sesuai untuk makan Jamu Mak Dara Gold selepas bersalin?
Bagi orang yang baru melahirkan anak, eloklah diamalkan pengambilan Jamu Mak Dara pada hari ketujuh (7) dalam pantang. Amalan ini dapat mengembalikan tenaga, menegangkan otot-otot yang kecut, mempercepatkan penyembuhan luka bersalin, memulih dan menyempitkan lagi faraj dan mengecutkan rahim. Jika bersalin secara pembedahan, seeloknya ambil selepas 3 minggu melahirkan.

Kenapa kepala saya pening pada peringkat awal mengamalkan Jamu Mak Dara Gold?
Biasanya pening kepala terjadi disebabkan oleh metabolisme di dalam badan yang rendah dan proses ini membantu meningkatkan kembali metabolisme badan. Untuk mengatasi masalah tersebut minum banyak air kosong. Sekurang-kurangnya 8 gelas sehari tetapi lagi banyak lagi bagus.

Kenapa ari-ari saya sakit ketika mengamalkan Jamu Mak Dara Gold?
Ini perkara biasanya sekiranya rahim anda tidak berapa sihat. Sakit pada ari-ari tersebut cuma sementara kerana dalam proses membaikpulihkan rahim tersebut sepanjang pengambilan Jamu Mak Dara.

Bolehkah saya amalkan Jamu Mak Dara Gold ketika saya masih menyusukan bayi?
Tidak menjadi masalah dan tidak memberi kesan negatif kepada bayi anda. Malahan mengamalkan jamu akan membantu menambahkan air susu ibu.

Kenapa darah haid saya keluar dengan banyak selepas mengamalkan Jamu Mak Dara Gold?
Itu adalah kesan positif kerana ia melancarkan pengaliran darah haid anda. Darah haid memang perlu dikeluarkan dengan kadar yang sepatutnya agar tidak tertinggal di dalam rahim, bimbang akan menimbulkan masalah rahim pada masa mendatang.

Ini antara soalan yang sempat Mak Dara jawab dan insyaAllah jika kelapangan nanti, Mak Dara akan pilih lagi soalan-soalan yang relevan untuk dijawab. Memang banyak lagi soalan tetapi Mak Dara harap, sesiapa yang ingin bertanya lagi selepas ini, cuba elakkan soalan yang sama atau lebih kurang sama.

Kesihatanmu kecantikanmu! Jadi, jagalah anugerah ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *