TERASA SERAPAT RAPAT-RAPAT DALAM KOPI MAK DARA PLUS

Assalamualaikum!

Biarpun sudah beberapa kali kisah kebaikan Kopi Mak Dara Plus dikongsikan terutama di laman web dan Facebook sebelum ini, masih ramai juga yang bertanyakan soalan yang sama. Tiada masalah untuk Mak Dara berkongsi lagi dan lagi tentang kebaikan produk Jamu Mak Dara.

Bahkan Mak Dara berterimakasih kepada yang sentiasa bertanya, sekurang-kurangnya dapat juga Mak Dara kembali berkongsi cerita yang baik-baik. Bukankah begitu sayang-sayang Mak Dara semua? Berita baik, kenapa harus disembunyikan?

Kalau dalam artikel sebelum ini Mak Dara berkongsi beberapa kebaikan amalan meminum kopi termasuk sebagai agen pembakar lemak tetapi kali ini lebih spesifik berkenaan Kopi Mak Dara Plus yang masih ingin tahu manfaatnya. Tidak hanya wanita, lelaki juga antara penggemarnya!

Kopi Mak Dara Plus
Kopi Mak Dara Plus

Kopi Mak Dara Plus yang menjadi kewajipan sarapan Mak Dara setiap pagi ini dirumus khas dengan herba-herba terpilih yang digabungkan melalui warisan sezaman dan teknologi sains nutrisi hasil dari rahsia hutan hujan semulajadi. Ramuan minuman herba yang inovatif ini memberikan kebaikan untuk luar dalam tubuh dan meningkatkan daya sistem ketahanan tubuh.

Kopi ini dibuat dalam bentuk pra-campuran 4 dalam 1 ini bagi memudahkan penyediaannya. Hanya ambil satu sachet dan tuangkan air panas, kacau dan terus boleh minum. Apa yang Mak Dara suka sangat terhadap Kopi Mak Dara Plus ialah herba yang di dalamnya. Cukup terasa terutama ekstrak akar dan kayu serapat bagi kesihatan dalaman wanita. Sedikit pahit tetapi diseimbangkan dengan lemak dan manis susu. Terus terangkat!

Antara khasiat herba serapat untuk tubuh badan ialah memperbaiki dan menegangkan tisu faraj, membantu menegangkan payudara, menegangkan otot dan sendi, membantu memulihkan luka dan menambah tenaga, membantu melicinkan kulit, membuang toksid dari dalam badan, melancarkan peredaran darah ke organ wanita untuk meningkatkan kadar oksigen bagi kesihatan dan fungsi organ serta melegakan kekejangan otot rahim dan mengatasi kelesuan ketika haid.

Kayu Serapat adalah bahan aktif utama dalam Kopi Mak Dara Plus.

Untuk mendapatkan kesannya, perlulah selalu amalkannya. Bukan pagi minum, petang sudah nampak kesannya. Terus terang Mak Dara ingin katakan, produk yang menjanjikan bulan bintang kekesanannya dalam waktu yang singkat, biasanya tidak elok untuk jangka waktu panjang. Sebab itu produk yang berasaskan jamu ini walaupun kesannya tidak sepantas produk yang menggunakan campuran bahan proses semasa tetapi kebaikannya berkekalan sepanjang hayat.

Lepas minum Kopi Mak Dara Plus, biasanya Mak Dara amalkan meminum air suam segelas.

Semoga jumpa lagi dalam entri seterusnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *