KELIRU DENGAN ‘TAKE OVER’

Assalamualaikum!

Mak Dara pun kadang-kadang tidak faham. Isu sewa bangunan milik Jamu Mak Dara Sdn Bhd (JMD) masih lagi diperkatakan walaupun Pengarah Urusan JMD, Syed Muhammad Gadaffi AlHabsyee telah menjelaskan situasi sebenar.

Cuma yang Mak Dara turut terasa apabila ada netizen yang belum faham situasi ini telah ‘menjatuhkan hukum’ menerusi komen seolah-olah JMD sudah tidak beroperasi lagi. Masalah makin parah apabila ada pihak yang tidak memahami perkara sebenar tetapi tetap mahu terlibat dalam memberi komen. Bagaimanapun Mak Dara berterimakasih kepada para netizen yang begitu prihatin terhadap JMD.

Antara gambar yang buatkan netizen salah faham.

Untuk pengetahuan semua, JMD masih bernyawa seperti biasa. Malah 2018, insyaAllah akan menyaksikan wajah baru JMD dengan rangkaian produk yang dikemaskini untuk kebaikan pengguna tegarnya sejak berbelas tahun lalu.

Kilang milik JMD di Ijok, Kuala Selangor itu hanya disewa oleh pihak tertentu, bukannya diambil alih. Bahayanya kalau salah gunakan perkataan, boleh mengelirukan orang ramai. Penyewa tetap penyewa statusnya, bukan TAKE OVER.

Perkataan TAKE OVER mengelirukan pengikut Jamu Mak Dara.

Cuba tengok dan dengar betul-betul apa yang dikatakan oleh Pengarah Urusan JMD menerusi video ini. Moga-moga isu ini tidak berpanjangan lagi dan mohon netizen memahami situasi sebenar sebelum memberi pandangan.

Mak Dara sayang netizen!

Video 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *