MALAM PERTAMA

Assalamualaikum sayang-sayang Mak Dara semua!

Entri kali ini untuk mereka yang sudah berkahwin atau akan menaiki jenjang pelamin dalam waktu terdekat. Kiranya kategori 18SX jugalah artikel yang Mak Dara mahu kongsikan di sini. Ehhhh…. Mak Dara bukan nak jual kisah-kisah dalam kain tetapi ini lebih kepada tip-tip yang boleh diguna pakai buat mereka yang berkenaan. Eloknya yang budak-budak sekolah jangan baca artikel begini, nanti disalahanggap.

Bagi Mak Dara, apa nak dimalukan sangat kerana apa yang elok, baik kita kongsi-kongsikan. Lebih baik kita berfikiran terbuka dalam memperkatakan tentang isu ini kerana Mak Dara perasan, kalangan orang kita segan-segan, malu-malu sehingga petua atau ilmu rumah tangga yang berguna ini dicampak ke tong sampah. Hujung-hujungnya cuba cara sendiri sehingga berlaku berat sebelah dan pihak sebelah lagi hanya mampu memendan rasa.

Apa yang Mak Dara mahu kongsikan inipun, Mak Dara petik daripada buku Petua Mak Dara oleh Ibu Halimah Shuib, pengasas produk Jamu Mak Dara yang terkenal itu. Beliau menyarankan beberapa langkah untuk mereka yang mahu memulakan malam pertama. Cuba perhatikan, kalau tidak sesuai, jangan lakukan. Kalau baik untuk anda, apa salahnya praktikkan.

Berwangi-wangian
Bersihkan badan terlebih dahulu, kemudian sembur minyak wangi beraroma lembut untuk membangkit keghairahan pasangan anda. Bau mulut perlu diambil berat kerana ia boleh menghilangkan mood atau rasa ingin bersama. Jika ingin amalkan petua lama, kunyah beberapa helai daun pudina sebelum mandi. Kemudian berkumur sebelum gosok gigi.

Sentuhan manja
Lakukan sentuhan manja sambil memuji pasangan anda. Sesekali berikan kucupan mesra pada bahagian anggota badan seperti bahu, tangan dan sebagainya. Tidak kira lelaki atau wanita, pujian sangat bermakna buat pasangan.

Jangan gelojoh
Seharusnya anda melayari bahtera malam pertama dengan tenang tanpa ada perasaan tergesa-gesa. Saat inilah untuk kamu berdua lakarkan sejarah manis buat mahligai yang dibina. Jangan gelojoh, nanti hilang mood dan si wanita pula akan ketakutan. Tak mahu begitu ya!

Berlembut
Jangan sesekali mengasari pasangan. Sebaliknya sentuhlah dengan penuh kasih sayang dan kelembutan. Hangatkan malam bersejarah dengan keseronokan. Usah malu-malu untuk memberitahu suami tentang lokasi yang mencipta keghairahan anda.

Pura-pura klimaks
Jangan sesekali terjadi. Sikap berpura-pura klimaks amat merbahaya pada diri dan akhirnya hubungan anda dengan pasangan akan menjadi dingin. Sikap berterus-terang dan berkongsi masalah bersama perlu untuk menjalani kehidupan yang lebih selesa. Setiap masalah yang timbul, pasti ada jalan penyelesaiannya.

Puas bersama
Layari bahtera malam pertama anda dengan penuh keseronokan dan kepuasan. Ungkapkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ atau ‘aku sayang kamu’ mengikut panggilan manja pasangan anda. Jangan sesekali membawa masalah peribadi ke kamar beradu.

Jamu Mak Dara Gold Kapsul
Jamu Mak Dara Gold Kapsul menghimpun herba-herba untuk kesihatan dalam kita.

Semoga apa yang Mak Dara pamerkan dalam entri ini mampu memberi manfaat untuk semua! Selamat mencuba demi kesejahteraan rumah tangga yang baru dibina. Opsss… bagi yang sudah lama berkahwin pun, apa salahnya untuk mencubanya bagi mengembalikan malam pertama anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *