KOPI BAKAR LEMAK

Assalamualaikum!

Siapa suka minum kopi? Mak Dara percaya ramai pembaca blog ini suka kopi. Mak Dara sendiri pun macam tak lengkap hari kalau tidak kena secawan kopi, lebih-lebih lagi Kopi Mak Dara Plus. Terangkat!

Berdasarkan pengalaman Mak Dara serta ibu serta nenek, kami sama-sama mengamalkan minum kopi panas yang dicampur herba khas adunan keluarga kami. Kopi sebenarnya sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Mak Dara terbaca dalam majalah EH! keluaran Jun 2015 yang mengatakan kopi kaya dengan kandungan antioksidan dan nutrien yang mampu meningkatkan kesihatan menyeluruh. Bahkan ada kajian yang dijalankan turut menunjukkan bahawa mereka yang menggemari kopi mempunyai risiko rendah untuk segala macam penyakit.

Inilah kopi yang Mak Dara selalu minum, memang tak cari lain.

Wow ini berita yang meyakinkan Mak Dara lagi tentang amalan minum kopi. Cuma Mak Dara kurangkan manisnya untuk merasakan pahit kopi sebenar serta herba akar kayu serapat yang banyak kegunaannya untuk tubuh badan kita. Nanti Mak Dara ceritakan tentang manfaat akar kayu serapat dalam entri akan datang.

Di sini Mak Dara kongsikan kebaikan kopi seperti mana yang Mak Dara baca dalam majalah tersebut.

Kopi mampu meningkatkan tenaga dan mengaktifkan fungsi otak

Kopi berkesan dalam meningkatkan tahap tenaga tubuh bagi mereka yang kepenatan. Kopi kaya dengan kandungan kafein, yakni bahan psikoaktif yang kerap diambil di seluruh dunia. Fungsi otak akan lebih aktif termasuklah dari segi memori, mood, waspada, tahap tenaga, masa tindak balas dan fungsi kognitif am.

Kopi membantu pembakaran lemak

Kafein juga menjadi ejen pembakar lemak terutama dalam suplemen melangsingkan badan. Kafein adalah salah satu bahan semulajadi yang terbukti membantu dalam pembakaran lemak. Sesetengah kajian juga mendapati bahawa kafein boleh meningkatkan kadar metabolisme dari 3% ke 11%. Kajian lain pula mendapati kafein mampu meningkatkan penghapusan lemak sebanyak 10% pada individu yang mengalami masalah obesiti dan 29% pada individu biasa. Tak sia-sia Mak Dara minum kopi, dapat juga kekalkan pinggang ramping ini.

Meningkatkan prestasi fizikal

Ayat ini agak saintifik tetapi Mak Dara tetap cuba memahaminya. Kafein merangsang sistem saraf yang menyebabkan ia menghantar signal kepada sel lemak untuk membakar lemak dalam badan. Kafein menjadikan sel lemak memusnahkan lemak tubuh yang berlebihan, melepaskan ia ke dalam darah sebagai asid lemak dan menjadikan ia sebagai penjana tenaga. Disebabkan kesan ini, tidak mustahil yang kafein sebenarnya boleh membantu meningkatkan prestasi tubuh.

Kopi mengurangkan risiko terkena Diabetes tahap 2

Penyakit Diabetes 2 adalah masalah penyakit yang paling besar di dunia yang bercirikan gula dalam darah yang tinggi dalam konteks rintangan insulin atau ketidakupayaan untuk merembeskan insulin. Bagi sesetengah sebab, peminum kopi sebenarnya mengurangkan risiko daripada terkena penyakit Diabetes tahap 2.

Kopi melawan tekanan perasaan dan mampu menceriakan seseorang

Ini satu lagi masalah kritikal dalam kalangan kita. Mak Dara sangat mengawal perasaan untuk sentiasa hidup ceria. Tekanan adalah satu masalah mental yang sangat dipandang serius. Kajian Harvard mendapati wanita yang mengambil empat atau lebih cawan kopi sehari mempunyai 20% risiko rendah untuk mengalami tekanan. Kajian lain pula mendapati empat atau lebih cawan kopi sehari kurang 53% untuk melakukan bunuh diri.

Risiko penyakit kanser kurang

Semestinya kita tahu bahawa kanser adalah penyakit pembunuh nombor satu di dunia. Kopi juga sebenarnya mampu menghalang tubuh dari dua jenis kanser iaitu kanser hati dan kanser kolorektal. Mereka yang mengambil kopi sebagai rutin didapati mempunyai risiko rendah untuk menghidap penyakit ini.

Ya, sebenarnya Mak Dara tidak perasan akan kelebihan kopi di sini tetapi Alhamdulillah, kopi panas masih menjadi minuman pilihan Mak Dara. Kamu, apa lagi? Jom kita amalkan minum kopi tetapi ada sukatannya. Kopi Mak Dara Plus misalnya sudah disukat cukup-cukup untuk setiap cawan. Pagi secawan, malam secawan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *