JMD 2018 KENCANG MENGANCAM

Assalamualaikum!
Semoga pembaca blog Mak Dara semua sihat-sihat di samping orang-orang tersayang. Alhamdulillah, sempena dengan kehadiran 2018 yang tinggal kurang 3 bulan, Mak Dara akhirnya berpeluang memperkata sesuatu di sini dan terima kasih kepada geng Jamu Mak Dara (JMD) yang merealisasikan blog yang sangat bermakna buat Mak Dara.

Pelbagai cerita tentang JMD yang Mak Dara dengar termasuk ‘hilangnya’ kami tetapi mereka sebenarnya tidak tahu yang kami tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan stokis, ejen dan pelanggan yang setia menyokong sejak 2004 lagi. Alhamdulillah, JMD kekal menjadi jenama pilihan mereka kerana mereka tahu kebaikan yang kami berikan. Mak Dara tidak berkecil hati dengan pandangan tidak berasas itu kerana mereka tidak tahu bagaimana pasukan kami bagaikan lipas kudung cuba memuaskan hati pelanggan. Sekurang-kurangnya juga mereka menunjukkan prihatin terhadap JMD.

Tinggalkan cerita itu kerana banyak lagi yang Mak Dara ingin kongsikan dengan pengikut blog ini. Terutama tentang kemunculan wajah baru JMD. Mak Dara tidak boleh dedahkan lagi, tunggu waktu dan ketikanya yang akan diumumkan nanti. Sabar ya anak-anak, adik akak, abang-abang semua. Pihak kami sedang di peringkat akhir mengemaskinikan penampilan baru. Kalau ikutkan hati, mahu saja Mak Dara ceritakan sekarang. Ha ha ha!

Bukan saja wajah baru dengan solekan yang tambah mulus, isi di dalamnya ditambah nilai demi kepuasan berganda pelanggan kami. Mak Dara yakin, anda semua akan suka. Khasiat yang lama tetap dikekalkan dan khasiat yang baru ditambah. Barulah terangkat!

Baik kopi, teh herba, kapsul premium, set bersalin hinggalah produk penjagaan wanita, Mak Dara yakin kamu semua akan teruja dengan apa yang kami persembahkan. InsyaAllah semuanya demi kebaikan kita bersama. JMD semampu mungkin berkongsi rahsia penjagaan dalaman dan luaran terutama buat golongan wanita. Apatah lagi mereka yang ingin menambah pendapatan menerusi status stokis dan ejen.

Sesuai dengan perubahan masa, JMD harus selari. Kenapa harus ubah? Inilah sebahagian daripada branding (penjenamaan). Bukan jenama semula tetapi lebih kepada pengukuhan. Kalau jenama semula, kami mesti dah tukar nama tetapi seperti yang Mak Dara katakan tadi, JMD kekal laju dalam pasaran. Hingga tidak sempat untuk berkempen sana-sini. Cuma kali ini Mak Dara turun padang bersama tenaga-tenaga tambahan baru untuk membesarkan lagi jenama JMD. InsyaAllah, mohon doa bersama-sama agar kami terus memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Bedak Sejuk dalam pek sedia ada.

Wajah baru JMD lebih trending, sostikated dan berciri antarabangsa. Yang penting, penampilan JMD lebih suci dan bersih sebagaimana mewakili produk yang tentunya halal dan bermutu tinggi. Bagi mereka yang pernah menggunakan mana-mana produk JMD tentu lebih arif akan kelebihannya. Baik pemilihan bentuk botol, warna, kotak, jar dan sebagainya akan selari dengan pengukuhan jenama JMD terutama untuk melangkah ke tahun 2018 dengan lebih bergaya. Amboi ayat mengalahkan orang surat khabar, ha ha ha! Bersemangat pula Mak Dara kalau bercerita bab-bab wajah baru JMD ini.

Ketika mula-mula ingin bertukar wajah pun, Mak Dara cuak juga sebab orang dah kenal lama JMD. Namun selepas dijelaskan oleh beberapa pakar branding, barulah Mak Dara faham tentang peri pentingnya perubahan itu. Mana-mana produk yang terkenal di seluruh dunia sekali pun, mereka akan melakukan perubahan demi perubahan sebagai penambahbaikan dari segi imej jenama mereka. Pakar itu suruh Mak Dara perhatikan evolusi logo Coke dan Mak Dara semakin mengerti kepentingannya.

Bagaimanapun logo JMD masih kekal. Belum lagi terkir untuk menukarnya. Lagipun usia JMD baru baru sekolah menengah (13 tahun) dan nasihat pakar jenama itu, seeloknya kekalkan dulu sebab logo JMD sangat sinonim dengan ratusan ribu pengguna setianya. Cuma imej dan penampilan packaging (pembungkusan) harus berwajah baru. Sabar yer sayang semua. Apabila sudah diumumkan nanti, Mak Dara teringin sangat dengar komen-komen tentang penampilan baru ini. Ya lah, citarasa kita mungkin berbeza dari aspek penampilan luaran tetapi yang pasti kita sama selera kerana memilih produk JMD yang berkualiti. Tak gitu?

Kisah jamu? Memanglah itu topik kegemaran Mak Dara tetapi nanti dulu. Bukan jamu saja, Mak Dara akan berkongsi macam-macam selepas ini baik kopi, bengkung, mandian herba dan banyak lagi. Untuk entri blog kali ini, Mak Dara mahu kongsikan semangat anak-anak muda di belakang JMD hari ini.

Apa lagi yang Mak Dara nak tulis? Hurmmmmm…. rasanya cukup untuk pengenalan pertama ini dan semoga kalian semua bertambah kencang dan mengancam bersama JMD 2018.

Sayang Mak Dara!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *