JAMU BUKAN UNTUK ‘RAPAT’ JER

Assalamualaikum anak dara ibu dara semua!
Topik kali ini sering Mak Dara kongsikan dengan mereka yang bertanya secara berdepan. Itupun secara spontan tatkala bersua muka di mana-mana acara sebelum ini. Ramai yang bertanyakan tentang jamu dan kebaikannya. Mak Dara suka sangat bercakap tentang perkara ini. Tahu sajalah, jamu menjadi amalan dalam keluarga Mak Dara sejak dulu lagi. Mak Dara sendiri diperkenalkan jamu oleh nenek yang perturunkan pula kepada ibu hinggalah Mak Dara sekarang yang belum berpisah dengan amalan ini.


Orang sekarang kata, jamu adalah sebahagian daripada perubatan alternatif. Entahlah, Mak Dara tak faham sangat pasal itu. Yang Mak Dara tahu, jamu-jamu inilah yang menjadi sebahagian hidup kami anak beranak. Namun Mak Dara tidak kisah semua itu kerana Mak Dara begitu gembira dengan orang-orang zaman moden hari ini masih mengamalkan memakan atau meminum khasiat daripada alam semulajadi. Lebih-lebih lagi wanita yang prihatin tentang penjagaan diri baik luaran mahupun dalaman. Lebih alami kata mereka.

Akar Serapat
Akar Serapat

Berdasarkan sambutan yang diberikan terhadap jamu keluaran JMD, Mak Dara sedar yang masih ramai lagi orang kita tidak meninggalkan herba tradisional dalam merawat tubuh. Mak Dara tidak menolak ubat-ubatan moden kerana ia juga membantu kita ketika sakit pening tetapi setiap orang ada caranya untuk mengurang atau mencegah sakit.

Jamu secara asasnya adalah campuran beberapa jenis herba atau akar kayu yang mempunyai pelbagai khasiat untuk sesuatu penyakit. Alhamdulillah negara kita terutama hutan belantara subur dengan tumbuh-tumbuhan herba yang menyokong pembuatan jamu ini. Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Akar Serapat, Misai Kucing, Cabai Pintal, Manjakani, Kucing Galak, Mas Cotek, Kunyit Hitam, Daun Rerama dan Hempedu Bumi antara yang mudah didapati di bumi Khatulistiwa kita. Banyak khasiatnya dan masing-masing ada peranan untuk setiap penyakit berbeza. Namun apabila bercakap tentang jamu, tidak kurang juga hanya memikirkan untuk membantu masalah kelamin, hubungan suami isteri, masalah dalaman wanita dan pelbagai lagi berkaitan alat sulit.

Buah Manjakani
Buah Manjakani

Mak Dara tidak nafikan semua itu, malah Jamu Mak Dara Gold juga antara yang menyokong ke arah keintiman suami isteri. Namun apa yang cuba Mak Dara mahu kongsikan di sini, janganlah sempitkan fikiran apabila bercakap tentang jamu. Jamu lebih daripada itu kerana khasiatnya dari hujung rambut hingga ke hujung jari kita. Sebab itulah juga JMD mengeluarkan pelbagai rangkaian produk yang memenuhi keperluan itu.

Berbalik kepada jamu, secara umumnya orang akan ingat kepada Indonesia yang lebih terkenal yang menjadikan amalan jamu sebagai salah satu budaya mereka. Mak Dara tidak kisahlah datang dari mana, yang penting khasiatnya. Dan yang lagi penting ialah jamu tidak membangkitkan kesan sampingan yang buruk, kecuali kalau salah cara makan atau penggunaannya. Selama beratus tahun, kajian membuktikan khasiat dan keberkesanan jamu.

Mak Dara pernah membaca sebuah artikel tentang ciri-ciri jamu dan benar apa yang diperkatakan.
Terdapat tiga sifat kumpulan herba dalam campuran jamu, yakni:

  • Kumpulan herba utama yang berfungsi sebagai identiti jamu yang ingin diramu.
  • Kumpulan herba pendamping adalah herba-herba yang digaul bersama herba utama untuk menguatkan lagi kesan ubat yang sedang dihasilkan.
  • Kumpulan herba pelincir seperti halia atau kunyit yang diadun untuk memberi kesan pelincir agar mudah hadam serta membantu melancarkan pengaliran darah.

Perlu Mak Dara tekankan di sini, perkataan ‘amalan’ adalah yang dijadikan rutin untuk kita lalui. Jadi amalan memakan jamu bermaksud, sering menggunakannya dan bukan ketika sakit baru untuk mengambilnya. Bukan tidak boleh tetapi kalau diamal sejak awal, insyaAllah segala penyakit dapat dielakkan.

Jadi amalkan selalu ya sayang-sayang semua!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *